Aku Terima Nikahnya
Assalammualaikum dan salam sejahtera . Wow dah lama aku tak update . Dah macam orang gila aku dibuatnya tanpa blog . Okey sekarang aku nak update apa yang aku tulis dalam phone pada 27 12 2012 . Yup last day sebelum Fahmi bergelar suami kepada Leuniey Natasha . Now , here we go ! Hari ni hari terakhir aku mencintai seorang lelaki yang berstatus single kerana esoknya iaitu 28 12 2012 dia bakal bergelar suami kepada Nur Eilunie Natasha dan menjadi raja sehari . Rasanya amat perit pada mulanya tetapi disebabkan sudah biasa jadi air mata aku tidaklah mudah jatuh seperti sebelumnya . Aku tak mampu untuk berbuat apa2 . Hanya doa yang mampu aku titipkan . Semoga majlis mereka berjalan dengan lancar dan jika Leuniey memang ditakdirkan untuk Fahmi aku redha biarpun sakit . Biarlah ! Kebahagiaan Fahmi kebahagiaan aku juga . Sememangnya aku tidak kuat tapi aku akan berusaha untuk menjadi sekuat Sabrina yang sanggup lepaskan lelaki yang paling dicintainya , Jami untuk kawan baiknya , Marisa . Bi...