Destinasi terakhir

2020. 

Tahun yang penuh duka berbanding suka. Karna tahun yang sepatutnya menjadi tahun terbahagia aku, bertukar menjadi yang terburuk dalam sekelip mata. Tanpa tahu dimana silapnya. Ya aku tau aku tak sepatutnya mempersoalkan takdir yang telah terjadi. Itu sama saja dengan aku menolak ketentuan. Namun di akhir perjalanan aku sebagai seorang pelajar, aku pasti mahu mencoretkan memori yang indah untuk ku kenang. Bila semuanya tersepit, aku terpaksa akur.  Padang Besar, stadium, Pulau Pinang, karaoke, semuanya musnah. Berusaha untuk menyimpan angan tapi aku tak sepatutnya buat sedemikian karna sakitnya harapan itu. Dan yang paling memeritkan apabila di akhir semester aku, pembelajaran terpaksa dijalankan di rumah. Semuanya secara online. Aku penat, aku lelah. Menahan perasaan yang merindu juga menjalani detik terakhir sebagai seorang pelajar. Tidak mengapa lah, mungkin ini dugaan untuk aku dapatkan yang lebih baik. Semoga Allah melindungi kita semua :) 


Eykqapexs

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

First Time

Membebel sat

Apa Khabar RPS ?