Rahsia Hati
Resah gelisah Jiwa ini sesak Bukan rasa ini yang aku mahukan Bertemu kamu Merasakan perasaan ini Yang aku sendiri tak faham rasa apa ini Mungkin aku tak faham tentang hakikat itu Mungkin rasa ini hadir sebelum kewarasan aku Mungkin juga aku terlampau berani untuk membiarkan kelukaan dulu berulang kembali Membiarkan diri ini menahan tangis Sehingga bilik yang disinari cahaya Akhirnya menjadi gelap dan kelam Aku sendiri Bilik yang sepi itu menjadi saksi Berapa banyak air mata yang dibazirkan Hanya kerana cinta Hanya kerana lelaki itu Eykqapexs