Rahsia Hati
Resah gelisah
Jiwa ini sesak
Bukan rasa ini yang aku mahukan
Bertemu kamu
Merasakan perasaan ini
Yang aku sendiri tak faham rasa apa ini
Mungkin aku tak faham tentang hakikat itu
Mungkin rasa ini hadir sebelum kewarasan aku
Mungkin juga aku terlampau berani untuk
membiarkan kelukaan dulu berulang kembali
Membiarkan diri ini menahan tangis
Sehingga bilik yang disinari cahaya
Akhirnya menjadi gelap dan kelam
Aku sendiri
Bilik yang sepi itu menjadi saksi
Berapa banyak air mata yang dibazirkan
Hanya kerana cinta
Hanya kerana lelaki itu
Eykqapexs
Ulasan
Catat Ulasan
Assalammualaikum and holla . Leave some love down here .