Satu tatapan
Kebahagian yang kita impikan yang kita idamkan
Mungkin hanya boleh terjadi di dalam mimpi
Kerana itu harapan tak sepatutnya melebihi kewarasan
Jatuh cinta bukan satu pilihan mahupun satu kebetulan
Jika semua mampu memilih untuk menghindari rasa sakit itu
Pasti hanya kebahagian yang terukir di dalam hidup
Aku tidak sepatutnya memalingkan pandangan waktu itu
Jika tidak mungkin kita tidak sampai ke tahap ini
Ketika rasa cinta tak mampu lagi dibendung
Ketika kita hanya boleh merasa cinta tanpa
memiliki antara satu sama lain
Dan menanti detik untuk berpisah
Semua itu hanya karna satu keputusan
Ulasan
Catat Ulasan
Assalammualaikum and holla . Leave some love down here .