Rindu
Assalammualaikum dan salam sejahtera . Rindu ! Satu kata yang tak boleh diungkapkan dengan kata dan hanya hati yang boleh merasainya . Semasa solat terawih semalam , secara tiba - tiba aku rindukan opah . Rindu itu datang dengan sendirinya tanpa diundang . Dan sudah pasti perasaan sebak akan hadir dalam diri . Andai waktu dapat diputar , aku nak sangat minta maaf dekat opah . Aku nak sangat jadi macam cucu yang lain . Yang rapat dengan opah mereka . Aku nak menyayangi opah betul betul .
Takkan aku sakiti opah . Takkan aku meninggikan suara terhadapnya . Takkan aku menjadi cucu yang jahat terhadapnya . Itu andai waktu dapat diputar . Sampai bila bila pun yang pergi takkan pernah akan kembali lagi . Sesungguhnya aku lah cucu yang kejam ! Tidak berhati perut ! Aku sememangnya sayang dekat opah tetapi aku tidak mampu untuk menunjukkan rasa sayang itu . Aku sendiri tidak tahu mengapa .
Sekarang semuanya sudah tiada gunanya lagi . Jika aku rasa rindu , aku hanya mampu sedekahkan al fatihah buat arwah . Aku hanya mampu melihat sahaja setiap kenangan yang ada di rumah ini . Aku hanya mampu mendoakan arwah agar arwah ditempatkan dengan orang orang yang beriman . Tiada lagi wajah untuk aku tatap bagi mengurangkan rasa rindu itu . Sekarang segalanya sudah berakhir . Tanggal 13 April menjadi saksi pengakhiran sebuah kisah seorang manusia yang pergi dengan tenang . Aku hanya mampu memohon maaf kepada opah melalui doa . Semoga opah dapat memaafkan aku . Cucunya yang kejam ! Aminnn !
Tahun ni merupakan tahun pertama aku berpuasa dan bakal raya berlima sahaja . Tanpa opah ! Humm kalau time macam ni mesti opah akan minta karipap . Opah suka sangat karipap . Seriusly rasa bersalah sangat sebab opah tak sempat nak makan karipap . Opah dah banyak kali minta cuma karipap asyik tak jual je . Humm nak minta maaf dekat opah time raya . Nak duit raya . Ehh ? Haha , joking je . Actually nak bagi duit raya dekat opah . Bukan aku yang bagi ye . My ibu lah bagi . I mana ada duit lorhh . Humm aku baru berharap nak opah dapat lihat aku membesar , bekerja and so on lah tapi semuanya tidak kesampaian . Allah lebih sayangkan opah . Jika ini yang terbaik , aku redha .
Aku sayang opah :')
Lots of Love : Eykqa @ Fahmi <3<3<3
Ulasan
Catat Ulasan
Assalammualaikum and holla . Leave some love down here .